Friday, January 7, 2011

Dobi Layan Diri

Dulu-dulu tengok dekat dalam cerita Mr Bean ada dobi self service kan. Pernah tak terfikir nak ada kedai dobi macam tu dekat Malaysia? Jimat tak payah hantar dobi lepas tu tak payah kena tunggu dua tiga hari baru siap. Kadang-kadang ntah baju sapa termasuk dalam baju kita. Lagi teruk kalau stokin sebelah hilang lah, baju hilang lah. Possibility untuk dapat balik baju kita agak rendah. Kalau resit dobi hilang lagi lah tension.








Dot dot dot pergi dobi Mr Bean! It was located at Section 3, Shah Alam. Near Restoran Syed Section 3 and Restoran Serai. Nak lagi detail, sebelah kedai potong rambut mamak dan kedai runcit. Sederet dengan 7 Eleven Section3.









Ada tujuh mesin basuh baju. Empat mesin untuk basuh baju biasa. Lagi dua untuk basuh carpet ke cadar ke selimut ke apa-apa yang bersaiz besar dan berat.








Mesin biasa RM2.50 untuk baju 5kg ke bawah.








RM4 untuk baju 8kg ke atas. Boleh basuh baju satu rumah sewa.








Guna duit 20 sen dan 50 sen sahaja. Lepas ni kutip semua duit-duit syiling. Bila cashier Tesco tanya ada 50sen tak? Jawab tak. Saya nak simpan untuk basuh baju.








Mesin untuk baju 8kg ke atas. Sama macam dalam cerita Mr Bean. Semua mesin basuh baju ambil masa 30 minit. Sambil tunggu basuh boleh pergi makan roti canai dekat Restoran Syed.









Mesin pengering pun ada. RM2.50 juga. Ambil masa 40minit. Kering kontang habis!








Mesin pengering ada empat je tak sebanyak mesin basuh. Bila musim hujan, ramai nak keringkan baju. Full house!









Ada kerusi untuk menunggu. Boleh duduk sambil baca newspaper ke makan ke tengok orang lalu lalang ke. Meja pun ada untuk lipat baju.








Hobi tak kacau orang lain.









Wuwu pusing pusing pusing!












8 comments:

call me Aden... said...

wow bestnye dot dot pun masuk dlm mesin basuh..mesti lepas masuk mesin kering dot dot jadi kurus sebab semua lemak dah abes dibakar.

munster said...

dot dot tak gemok lah.comel je.hihi

Feezah Hanimoon said...

hmm...bilik laundry to nampak canggeh! tp slalu pkai earphone, bukak lagu kuat2 n melalak je tym tunggu baju abis basuh. tp slalu bila org lain bukak pintu n masuk, tak prasan. bila die bukak pintu nak kluar baru prasan. consider membelakangi pintu tu. then berharap tade org cam kite. haha.

munster said...

errrr.haha?hihi

mariAna said...

kenape aku xtawuu pon??haha

Anonymous said...

Assalam. Boleh tak berkonsgi dgn saya, bagaimana nak mulakan perniagaan self service laundry ni. Sangat berminat tp tak tahu nak mula dari mana. Area Tg Malim. Email saya Deepbluesea_me@yahoo.com. Kalau tak keberatan kongsi ilmu lah ya. tq

Unknown said...
This comment has been removed by the author.
Unknown said...

salam..boleh share macam mana nak start bisnes laundry ne... sy di area batu pahat, johor.. boleh email ke uje.mfauzie20@gmail.com