Thursday, October 25, 2012

Kalau Saya Lelaki

Kalau saya lelaki...

1. Saya akan selalu pakai topi lepas tu keluarkan rambut depan dan tepi.    Budget korea.

2. Saya akan selalu pakai baju warna merah. Sebab warna merah nampak 'hot'. Pffftttt

3. Saya akan lipat lengan baju kemeja sampai siku.

4. Saya suka bersukan sebab saya rasa handsome bila berpeluh. Perempuan mesti nampak saya seksi :p

5. Saya bercita-cita jadi akauntan. Lelaki terror bermain dengan nombor nampak handsome.

6. Saya akan jalan pegang tangan emak saye supaya ramai perempuan cair *niat dah lari*

7. Saya nak isteri saya duduk rumah jaga anak dan pakai comel comel dan  pandai masak dan pandai drive.

8. Saya tak nak susah kan isteri untuk bekerja. Biar dia jaga rumah dan anak.

9. Saya akan pergi melancong dengan isteri bila anak anak semua dah masuk universiti.

10. Sebenarnya semua tu ciri ciri lelaki idaman saya.


Hewhewhew. Bye!