Showing posts with label Jalan-jalan. Show all posts
Showing posts with label Jalan-jalan. Show all posts

Friday, January 7, 2011

Dobi Layan Diri

Dulu-dulu tengok dekat dalam cerita Mr Bean ada dobi self service kan. Pernah tak terfikir nak ada kedai dobi macam tu dekat Malaysia? Jimat tak payah hantar dobi lepas tu tak payah kena tunggu dua tiga hari baru siap. Kadang-kadang ntah baju sapa termasuk dalam baju kita. Lagi teruk kalau stokin sebelah hilang lah, baju hilang lah. Possibility untuk dapat balik baju kita agak rendah. Kalau resit dobi hilang lagi lah tension.








Dot dot dot pergi dobi Mr Bean! It was located at Section 3, Shah Alam. Near Restoran Syed Section 3 and Restoran Serai. Nak lagi detail, sebelah kedai potong rambut mamak dan kedai runcit. Sederet dengan 7 Eleven Section3.









Ada tujuh mesin basuh baju. Empat mesin untuk basuh baju biasa. Lagi dua untuk basuh carpet ke cadar ke selimut ke apa-apa yang bersaiz besar dan berat.








Mesin biasa RM2.50 untuk baju 5kg ke bawah.








RM4 untuk baju 8kg ke atas. Boleh basuh baju satu rumah sewa.








Guna duit 20 sen dan 50 sen sahaja. Lepas ni kutip semua duit-duit syiling. Bila cashier Tesco tanya ada 50sen tak? Jawab tak. Saya nak simpan untuk basuh baju.








Mesin untuk baju 8kg ke atas. Sama macam dalam cerita Mr Bean. Semua mesin basuh baju ambil masa 30 minit. Sambil tunggu basuh boleh pergi makan roti canai dekat Restoran Syed.









Mesin pengering pun ada. RM2.50 juga. Ambil masa 40minit. Kering kontang habis!








Mesin pengering ada empat je tak sebanyak mesin basuh. Bila musim hujan, ramai nak keringkan baju. Full house!









Ada kerusi untuk menunggu. Boleh duduk sambil baca newspaper ke makan ke tengok orang lalu lalang ke. Meja pun ada untuk lipat baju.








Hobi tak kacau orang lain.









Wuwu pusing pusing pusing!












Tuesday, December 28, 2010

Camp 5!

Last two weeks Dot Dot Dot tiba-tiba nak pergi Camp 5 dekat One Utama. Nak bina muscle sebab one of his New Year Resolution is nak cari girlfriend.






Nak dekat sejam pusing-pusing dalam One Utama cari macam mana nak pergi ke Camp 5 baru lah Dot Dot Dot jumpa Camp 5.Fuuuhhh girlfriend punya pasal. Belum ada girlfriend dah sanggup berkorban -.-! Nice view dari dalam Camp 5. Dah penat panjat dinding batu boleh rehat-rehat sambil digoda Mcd Breakfast.








Boleh berangan jadi spiderman sambil kira berapa banyak kereta masuk parking OU.









There is an event called HONDA "GET ON THE ROCK" TOPROPE AND LEAD COMP! Boleh masuk Camp 5 free untuk hari ni. Rezeki Dot Dot Dot nak cari girlfriend.







Dot Dot Dot sangat teruja sampai menangis tak dapat panjat sebab tak bawa kasut stokin seluar sukan. Tak dapat nak market diri sendiri.









Dot Dot Dot nangis tak dapat market diri.








Dot Dot Dot bergaya and said "Easy peasy!"








Eeeee gayat lahhhhh nak tengok belakang pun dah tak boleh.








Dah tak gayat dah sebab dah ada tali :)






For your information, Camp 5 is located at 5th Floor(new wing) One Utama Shopping Centre.

Opening Hours is Monday - Friday : 2pm-11pm & on weekend and Public Holiday : 10am-9pm.

















Friday, December 10, 2010

Saya Suka Makan. Awak?

Perot meronta-ronta minta diisi dengan makanan IKEA. Kalau tak nanti meragam macam budak kecil tak dapat mainan. Tarik-tarik tangan tetap menangis nak mainan tu juga. Sama juga macam perot. Makanlah apa jenis makanan kalau asyik teringin nak makan Meatball IKEA, makan apa pun tetap tak kenyang air liur meleleh tanda kempunan.







Mana satu lagi sedap? Meatball atau semangkuk Tomyam Sweeden atau Chicken Chop yang nampak tulang hujung peha ayam?








Ini all time favourite!Walaupun tau tak akan mampu habiskan tapi nak jugak.Nafsu!










Meal of the day. Chicken Chop sempena Krismas. Sedap juga. Tapi tak boleh lawan Meatball!Part paling musykil ialah carrot tu memang kecik atau ada mesin potong carrot macam tu?













Air mineral. Teman setia. Sedap!









IKEA menang. MCD kalah. Booooooo MCD!











Jiran depan IKEA.the Curve. Lepas ni pergi pusing-pusing sana.
















Cubaan menjadi hiasan pokok krismas.















Excited. Jumping all around. Tolong imagine. Lompat-lompat sampai terselit celah pagar.













Inilah tuan saya!Proooootttttt!












Take five! Rehat kejap. Lek luuuu baru pukul 230.













"Saya Dot Dot Dot dari jambatan the Curve menuju ke Ikano melaporkan keadaan lalu lintas di the Curve berjalan lancar. Tiada sebarang kesesakan kelihatan."













Kereta boleh dibilang dengan mata kasar. Hari apa ni tak banyak kereta?hihi














Nak balik lalu jalan laut. Selamat dari jem. Jimat minyak. Jimat masa. Jimat segalanya. Sambil-sambil tu boleh tangkap ikan untuk buat makanan tengah hari esok.

















Cepat tata kawan baru. Lain kali kami datang lagi :)


Wednesday, December 8, 2010

Kereta Baru

Original Version
Papa ku pulang dari kota

Papa ku belikan kereta

Kereta kecil warna merah

Boleh ku bawa ke sekolah.

Poommmm pooommm poooomm

Kereta kecilku berbunyi.

Marilah adik, Mari naik

Boleh ku bawa ke rumah Nenek.











Momun's Version
Momun ku pulang dari kota.

Momun ku belikan kereta.

Kereta besar warna merah.

Boleh ku bawa ke IKEA.

Poommmm pooommm poooomm

Kereta besarku berbunyi.

Marilah adik, Mari naik.

Boleh ku bawa ke rumah Momun!




Saturday, December 4, 2010

Pengalaman Dot Dot Dot Sebagai Pemandu Peribadi

Jadi pemandu peribadi susah kerana dia adalah seorang yang "Buta Jalan". Jalan depan mata tapi masih tak nampak. Signboard dah suruh pergi kiri tapi masih was-was. Paling senang jadi pemandu peribadi kalau ada GPS. No kidding!Pemandu teksi sekarang guna GPS!Pemandu bukan teksi bila lagi?





Hari ini pemandu peribadi nak pergi ambil Koko Krunch balik kerja. Keluar rumah pukul 430 petang. Sampai pukul 455 petang lepas tu sesat sampai Pusat Sains Negara. Patah balik dan sampai pukul 515 petang. Tak malu bertanya tak sesat jalan. Nasib baik!P arking kereta tepi jalan tunggu bos keluar office pukul 530 lebih. Tak apa Dot Dot Dot ada sebagai peneman.








Alhamdulillah selamat sampai *buat-buat simpan GPS*











Toleh kiri ada pokok-pokok daun merah.















Toleh kanan nampak jalan yang sesat tadi.














Pandang depan balik. Rasa macam tengah beratur nak buat Test JPJ bahagian bukit.











Dah bosan tengok kiri kanan, tengok side mirror pula.










Eh Eh! *KAGUM* dengan Mak Cik ni!















SEBAB MUSABAB KAGUM














Semoga Mak Cik selamat sampai rumah. AMIN.



Wednesday, November 24, 2010

Berjalan bersama Dot Dot Dot


Drive sorang-sorang bosan jadi bawalah teman untuk hilang bosan dan teman untuk berborak. Berbulu kelabu dan berhidung kecil warna biru. So kecik with his red knitted tops dengan mata satu atas satu bawah sikit. Ololololo! Matahari atas kepala pakai baju tebal nak pergi mana?





Tangki minyak hampir penuh!Yeay boleh jalan-jalan tanpa perlu rasa risau kalau sesat T_T!Lets go!Where to go exactly? Follow me!Come come! Duduk diam-diam dalam kereta dan jangan lupa bawa lesen P dan pakai seat belt sambil panaskan kereta.






Buat three point turning dulu.ayuhhhh!Sudah tiga suku mahir selepas setahun lapan bulan berlesenkan si 'P'. Okay dah lepas three point turning baru boleh keluar ke jalan besar lagi mencabar.





Ada lunch date dekat Concorde ke atau pergi Shah Alam Mall beli DVD atau pun pergi Giant beli Coolblog?






Nak pergi Rawang?Ipoh? Kena hon dengan kereta belakang sebab lambat jalan traffic light dah hijau T_T







Parking kosong macam datang pukul 8 pagi nak buka kedai dekat Sunway Pyramid nak sapu-sapu kedai susun-susun barang lepas tu letak tanda SALE. Padahal nak dekat setengah jam pusing-pusing cari parking baru jumpa parking kosong macam ni. Ambil gambar tempat parking supaya tidak sesat jalan balik nanti.







Anggaplah kedai buku seperti library. Baca dan keluar. Magazine mahal boleh beli makanan untuk lunch dekat fast food.









Input dalam magazine mahal -.- Lepas tu terus lupa nak ambil gambar jalan-jalan dan tengok wayang.









Balik balik sebelum orang office keluar. Kereta mahal dekat sebelah. So handsome but did not know what his name is. Tak dapatlah pergi kedai dan beli untuk si bear berbaju merah berknitted ni.