Showing posts with label Melaka Malacca. Show all posts
Showing posts with label Melaka Malacca. Show all posts

Wednesday, August 4, 2010

Kenapa Saya Suke Melaka (Sikit je)

sebab pertama saya suke Melaka.
Melaka banyak tempat nak melawat walaupun tak penah buat rombongan cik kiah menjelajah Melaka.next sem kan ada lagi boleh jalan jalan lagi.kihkih

sebab kedua saya suke Melaka.
boleh tengok tourist jalan kepanasan jalan kaki.tengok tourist melawat tempat yang kita sendiri tak penah terfikir nak melawat.cantik best jugak rupanya Melaka nie.

sebab ketiga saya suke Melaka.
Melaka is better than Segamat ke Dungun ke Machang ke.so kene bersyukur tak dihantar jauh jauh :D

sebab keempat saya suke Melaka.
jumpa kawan-kawan baru.jumpa macam-macam ragam manusia.kenal perangai masing-masing.bersosial lah lebih kurang.

sebab kelima saya suke Melaka.
Uitm Lendu, Melaka.tempat banyak kenangan.tempat first kena duduk sorang-sorang without family.hanya kawan-kawan.1st day kena tinggal menangis.cengeng!tak tau rupanya roomate best.duduk sebilik dari sem 1 sampai sem last.pegi kelas kenal pula dengan dinosor ni :)
aaaahhhh banyak gila kenangan best dkt lendu.library dining intekma pasar malam padang kawad hakka.erggghhh rinduuuu

sebab keenam saya suka Melaka.
tempat belajar hidup berdikari :)

p/s:i know someday 10 years or 15 years from now i will miss this place :))

Wednesday, July 21, 2010

Kenapa Saya Tak Suke Melaka

sebab pertama saya tak suke Melaka.
Melaka bukan shah alam.shah alam ada baba mama along hafiy wan kawan-kawan dan paling penting ade makanan yang sedap sedap mama masak.melaka tak ada semua tu. duduk melaka tak makan nasi sebab lauk tak sebest yang mama masak.nanti beli pun tak hbs makan.baek simpan duit buat balik rumah every week isi minyak and topup touch n go :) sampai rumah mama masak best best!boleh jumpe semua orang lagiiiiiii.banyak kebaikan balik every week.

sebab kedua saya tak suke Melaka.
Dekat Melaka kena pergi kelas kena pergi test & quiz.kene berebut lif nak pergi kelas.kena basuh baju sendiri sidai sendiri lipat sendiri.kene uruskan hal sendiri by sendiri.kene fikir bila patot baju basuh bila patot angkat bila patot sidai eyh angkat dulu baru sidai.

sebab ketiga saya tak suke Melaka.
Melaka punya Mcd tak sedap.ni bukan main-main.ini betol2.tak tahu kenape.ada yang cirit-birit makn Mcd.bukan sorang je penah.ramaiiiiiiii tak tipu.

sebab keempat saya tak suke Melaka.
Shrek kene duduk dengan kawan-kawan dia yang tak dikenali.Shrek biase duduk bawah pokok tepi longkang :D

sebab kelima saya tak suke Melaka.
setiap saat dekat Melaka, setiap saat itu la hati cakap "kalau dekat Shah Alam boleh balik makan dekat rumah" "Kalau dekat Shah Alam tak payah susah-susah bayar parking everyday RM2.boleh naek bus aje" "Kalau dekat Shah Alam tak ada la asyik fikir nak balik je" "Ruginya tak minta Shah Alam dulu"

sebab keenam saya tak suke Melaka.
jalan dekat Melaka sangat pelik.jangan harap kalau pergi satu tempat ni guna jalan A, anda akan balik guna jalan A jugak.anda mungkin akan balik guna jalan M atau lagi terok jalan Z atau lagi terok jalan MZUTEYDH.anda tak akan jumpa jalan A balik.traffic light nya jangan cakap lah.tak terkira!

sebab ketujuh saya tak suke Melaka.
kalau jalan-jalan dekat Shopping Complex time weekend, anda akan rasa macam nak patah balik pulang ke hostel/rumah sewa sambung tidur tak pun pergi highway untuk balik ke Shah Alam.sebab apa sila lah datang sendiri Shopping Complex dekat Melaka time weekend.

sebab kelapan saya tak suke Melaka.
dulu dekat Lendu tak ada fast food.tak ada fast food salah satu sebab cakap Melaka tak best.padahal dekat Alor Gajah ada KFC.tp ayamnye tak sedap.ni pun tak tipu!

sebab kesembilan saya tak suke Melaka.
driver-driver motosikal dekat sini suke bawak motor arah lawan jalan.kalau saya langgar pakcik, free-free je saya dapat duit pakcikkkkk oiiiii

sebab kesepuluh saya tak suke Melaka.
tiada sebab kesepuluh.

p/s:orang tua cakap jangan benci sangat nanti jadi suke.lepas ni kena tulis kenapa saya suke Melaka pulak yer.