Showing posts with label Tutorial. Show all posts
Showing posts with label Tutorial. Show all posts

Monday, January 17, 2011

Cara Letak Header Dekat Blog

Kali ni nak ajar benda paling senang. Cara letak header dekat blog. Baju dah cantik. Seluar dah cantik. Kepala pun nak cantik. Header.


1. Mula-mula pergi dekat Design. Click Design.






2. Keluar macam ni. Then click Edit dekat bahagian tajuk blog lepas tu dalam kurungan tulis Header.







3. Lepan tu keluar satu window atau tetingkap Configure Header. Then browse gambar yang nak dijadikan header blog. Tunggu loading. Kemudian click Save. Dah siap!



Jumpa lagi!




Saturday, January 1, 2011

Cara Letak Facebook Dekat Blog

Hari ni mak ketam nak ajar topik paling senang. Mak ketam baru tau so nak share dengan anak ketam yang belum tau.

Profile badges menyenangkan blogger lain add kita dekat facebook. Tak payah tulis "Add me on Facebook. Email: bla bla bla." Sekarang zaman orang malas nak taip. Click je senang. Dunia di hujung click.






Mula-mula view Profile kita sendiri. Lepas tu scroll bawah sekali lepas tu tengok belah kiri(kita)ada tulis Create a Profile Badge. Click Create a Profile Badge.

Profile ------> Create a Profile Badge







Lepas tu click dekat Edit this badge.







Lepas tu keluar macam ni. Boleh lah edit nak badge menegak ke melintang ke. Boleh edit nak letak status ke nak letak birthday ke nak letak email ke. Semua boleh. Dah puas hati dengan profile badge tu jangan lupa click Save.






Lepas click Save, keluar macam ni. Copy link tu dan paste dekat blog. Cara nak paste dekat blog pula,



Design ----> Add Gadget ------> HTML/JavaScript ------> Paste dekat Content.



Siap!






Wednesday, December 22, 2010

Cara Letak Watermark Dekat Gambar

Mak ketam hari ni nak ajar cara letak watermark dekat gambar. Gambar sendiri yang diambil sendiri. JANGAN copy gambar orang lain lepas tu claim tu gambar sendiri. Itu dipanggil pencuri di alam cyber. Ceh ceh!




Kegunaan watermark ialah untuk mengelakkan gambar kita dicuri oleh orang lain. Untuk tanda gambar kita yang kita sendiri ambil tu ialah kita punya. Tak ada sapa suka kalau gambar kita nanti orang lain letak dekat blog diaorang lepas tu dieorang cakap tu gambr dieorang pula kan. Penat kan ambil tertonggek-tonggek nak ambil shot cantik last-last ada orang lain claim tu gambar dia pula. So awal-awal kena letak watermark untuk mengelakkan gambar di curi.







Macam gambar ni dah diletakkan watermark awal-awal sebab tak nak dah penat-penat jahit tercucuk jarum terpotong jari tup-tup nanti ada orang lain cakap ni dia yang jahit. Dalam gambar ni watermarknya ialah http://thepinkmonster.blogspot.com. Tu yang dekat tengah-tengah gambar tu. Boleh tulis apa saja asalkan itu watermark kita sendiri.




Bahan-bahan yang diperlukan untuk buat watermark ialah Adobe Photoshop dan sekeping gambar yang belum ada watermark. Untuk tutorial ni kita guna Adobe Photoshop CS3.






Mula-mula buka Adobe Photoshop. Double click lah kannn. Tadaaaa keluar macam ni.







Lepas tu clicki File then click Open. Open tu untuk pilih gambar mana nak diletakkan watermark.








Kalau nak gambar ni, Open lah gambar ni. Cari dekat file mana gambar ni di simpan. Ceh ceh beria nak bagi tutorial.








Lepas tu pergi dekat bawah sekali belah kanan. Then pergi dekat tab Layers. Lepas tu click dekat Create a New Layer. Simbol nye sebelah simbol Delete yang gambar tong sampah sarap tu. Lepas click Create a New Layer tu, akan keluar Layer 1. Dekat Layer 1 tu lah kita akan tulis watermark kita. Get it? Get it?

Layers -----> Create a New Layer






Lepas tu pergi dekat sidebar belah kiri pula. Pergi click dekat Horizontal Type Tool.Carisimbol T sampai dapat. Kalau tak, tak boleh nak tulis watermark.










Maintain dekat Horizontal Type Tool tadi dan maintain juga dekat Layer 1. Click dalam kotak titik-titik bertindih dan pilih lah tempat nak tulis watermark dekat mana. Adjust nak besar mana tempat untuk tulis watermark. Lepas tu dah boleh tulis apa untuk watermark. Click untuk enlarge gambar. Get it? Get it?








Untuk besar atau kecikkan size tulisan, select semua tulisan watermark tu then click dekat simbol T dekat sidebar atas.








Kalau nak tukar warna tulisan, pergi dekat sidebar kiri then pergi bawah sekali yang ada dua warna. Click warna yang atas. Pilih warna mana yang berkenan. The rest macam nak naik turun kan kotak putus-putus watermark tu, kena try and error sebab senang.








Bila dah siap, kena Save As. Ingatttt Save As sebab kalau Save, ia akan save dekat original gambar. Nanti gambar asal akan hilang yang ada gambar yang dah ada watermark. Tak nak kan gambar asal hilang dalam ramai.Thee heee







Gambar dah siap berwatermark. Boleh upload dalam blog. Syuhhh syuuuhhh pencurik perompak pencilok gambar!Syuuuhhh syuhhhhhh!























Wednesday, November 24, 2010

Cara paling senang edit blog (Versi ketam ajar anak berjalan)

Ibarat ketam nak ajar anak berjalan. Mari anak ketam yang diberi nama Teratai sebab lahir bawah lindungan bunga Teratai di bawah cahaya matahari pada pukul tujuh pagi ditemani katak-katak disekeliling bunga Teratai. Dah cukup dewasa sila kiss mana-mana katak sebab salah seekor itu adalah anak sultan Johor eh ke nak anak sultan Kelantan? Pilih Lily pilih!



Nota kepala:Sila click gambar untuk lebih jelas.







Okay mula-mula log in lepas tu keluar screen macam ni pergi dekat Design macam yang dalam bulat merah tu. Lepas tu nextttt





Keluar screen macam ni . Sila pergi click dekat Template Designer. Macam yang dah bulat merah tu. Okay lepas tuuuu







Keluar macam ni. Haaa sebelum keluar macam ni akan keluar screen warna hitam jangan cuak. Tunggu je sampai keluar screen macam ni. Lepas tu click dekat Templates. Keluar macam-macam pilihan templates. Pilih-pilih! Selesai pilih...Nextttt









Lepas tu click dekat Background. Dekat sini boleh pilih macam-macam background cantik-cantik. Bersedia untuk rambang mata dan teruja!









Sila click dekat Background image untuk pilih background. Ada macam-macam jenis background image macam Food & Drink, Nature, Shopping, etc. Contoh nak pilih dari jenis background Transparent, click dekat Transparent lepas tu click dekat mana-mana yang berkenan. Dekat bawah tu ada tunjuk contoh bila dah di apply dekat blog. Faham tak faham tak?










Contoh lagi kalau nak dari background Food & Drink sebab food food food kan sedap kan. Pilih background spoon & fork tu. Click dekat spoon & fork lepas tu keluar lah contoh dekat bawah tu. Cepat pergi try and error!







Kalau nak background sendiri tak mahu background yang sedia ada ni pun boleh upload gambar yang nak dijadikan background. Click dekat Upload image tu untuk upload gambar. Nanti boleh tengok preview sesuai tak dengan blog. Faham faham?









Dah siap pilih background cantik-cantik sampai dan rambang mata, click dekat Layout pula. Sini senang je click dan click je preview macam biasa ada tunjuk dekat bawah. Body layout tu untuk pilih nak letak About Me & etc dekat mane. Kiri ke kanan ke kiri sahaja ke atau kanan sahaja. Footer layout tu untuk bahagian bawah blog. Adjust width tu untuk kebesaran blog. Boleh adjust nak besar mana. Nak besar besar ke kecik kecik ke haaa boleh boleh! Semua boleh tak ada yang tak boleh.









Dah siap pilih besar kecik semua, sila click Advanced. Dekat sini boleh pilih nak tulisan dalam blog warna ape semua. Dekat sini kena try & error sendiri. Contoh macam biasa ada tunjuk dekat bawah. Faham tak faham tak. Annoying gila asyik tanya faham tak faham tak.









Dah siap try & tiada error dan dah habis puas hati, click APPLY TO BLOG untuk di applykan ke blog!









Lepas tu click View Blog untuk tengok hasil yang sebenarnya selepas berhempas pulas pulas buah pulasan.









Dapat hasil buah pulasan selepas penat berhempas pulas memulas. Kalau tak cantik boleh edit lagi sampai cantik dan puas hati. Cepat cepat pergi try anak ketam!