Monday, November 29, 2010

Secret of People Who Never Get Sick

Bukan never tapi UNfrequently!Jarang selsema, demam, batuk, sakit tekak.Macam mana?




1. Take a cold shower/Mandi air sejuk/Jangan guna water heater!
Kajian membuktikan dengan mandi air sejuk/air semula jadi sejuk akan menambahkan sel darah putih yang boleh menguatkan antibodi badan.


Pagi-pagi bangun pukul enam lebih perkara paling ngeri nak buat ialah MANDI. Sebab tu guna water heater (T_T)! Dah nampak punca pertama selalu selsema.




2. Makan bawang!
Makan bawang yang belum dimasak. Selain bagus untuk bau nafas, ia juga bagus sebab powerful antimicrobial agents yang boleh pastikan badan sentiasa sihat.


Sanggup asingkan bawang dalam makanan.hah!Macam mana nak sihat?



3. Hot water with brewer's yeast!
Elok untuk elakkan selsema, cirit birit dan jangkitan kuman.


Macam tak sedap. Punca ketiga senang berjangkit penyakit orang lain.



4. Make your drinks hot/Pastikan minum minuman panas!
Bagus untuk boost kita punya immune system.


Cuaca dekat Malaysia panas. Hari-hari mesti cari ais. Minuman panas awal-awal tolak tepi.











Cara Tengok Kasut Kulit Babi

Takot kan kan kan kalau terbeli atau terpegang atau pun terberkasutkan kasut berkulitkan BABI. Lepas tu paling benci kalau terpegang apa-apa barang dekat Shopping Complex yang berkulitkan BABI. Sebabnya terpegang sebab sign kecil je "PIG LINING SKIN" betol-betol dekat tepi kasut (T_T)!

Lepas tu terus marah BABI punya bla bla bla apalah yang best sangat pakai kasut kulit babi apalah yang seronok sangat pakai beg kulit BABI, apalah yang best sangat kulit BABI pakai dekat pinggang(tali pinggang), apalah yang bagus sangat simpan duit dalam kulit BABI(dompet/wallet).













Jangan disangka kasut cantik tidak berkulitkan BABI! Takot takot!
















Ini struktur kulit BABI. Ada tiga dot dan strukturnya akan berulang-ulang. Mulai sekarang kena ingat struktur kulit BABI supaya tidak tertipu dengan mana-mana kedai dan supplier yang hanya nak DUIT! Walaupun tiada tanda/sign "PIG LINING SKIN", kita masih perlu berhati-hati supaya tidak berkulitkan BABI sepanjang hidup.














Kalau nak beli makanan mesti tengok expired date. Kalau nak beli barang berasaskan kulit mesti tengok struktur kulit.
















Setiap kali mahu beli barang yang berasaskan kulit, mesti tengok struktur kulit itu dahulu. Hati-hati sebelum membeli. Jadilah pengguna bijak!



Resources/Sumber: Email :)




Friday, November 26, 2010

Nasi Goreng Seafood

Kak, Nasi Goreng Seafood satu.bungkus tau! *nyummeeehhhh!*



















































Nasi Goreng Cifut siapppppp! (T_T)!










Wednesday, November 24, 2010

Cara paling senang edit blog (Versi ketam ajar anak berjalan)

Ibarat ketam nak ajar anak berjalan. Mari anak ketam yang diberi nama Teratai sebab lahir bawah lindungan bunga Teratai di bawah cahaya matahari pada pukul tujuh pagi ditemani katak-katak disekeliling bunga Teratai. Dah cukup dewasa sila kiss mana-mana katak sebab salah seekor itu adalah anak sultan Johor eh ke nak anak sultan Kelantan? Pilih Lily pilih!



Nota kepala:Sila click gambar untuk lebih jelas.







Okay mula-mula log in lepas tu keluar screen macam ni pergi dekat Design macam yang dalam bulat merah tu. Lepas tu nextttt





Keluar screen macam ni . Sila pergi click dekat Template Designer. Macam yang dah bulat merah tu. Okay lepas tuuuu







Keluar macam ni. Haaa sebelum keluar macam ni akan keluar screen warna hitam jangan cuak. Tunggu je sampai keluar screen macam ni. Lepas tu click dekat Templates. Keluar macam-macam pilihan templates. Pilih-pilih! Selesai pilih...Nextttt









Lepas tu click dekat Background. Dekat sini boleh pilih macam-macam background cantik-cantik. Bersedia untuk rambang mata dan teruja!









Sila click dekat Background image untuk pilih background. Ada macam-macam jenis background image macam Food & Drink, Nature, Shopping, etc. Contoh nak pilih dari jenis background Transparent, click dekat Transparent lepas tu click dekat mana-mana yang berkenan. Dekat bawah tu ada tunjuk contoh bila dah di apply dekat blog. Faham tak faham tak?










Contoh lagi kalau nak dari background Food & Drink sebab food food food kan sedap kan. Pilih background spoon & fork tu. Click dekat spoon & fork lepas tu keluar lah contoh dekat bawah tu. Cepat pergi try and error!







Kalau nak background sendiri tak mahu background yang sedia ada ni pun boleh upload gambar yang nak dijadikan background. Click dekat Upload image tu untuk upload gambar. Nanti boleh tengok preview sesuai tak dengan blog. Faham faham?









Dah siap pilih background cantik-cantik sampai dan rambang mata, click dekat Layout pula. Sini senang je click dan click je preview macam biasa ada tunjuk dekat bawah. Body layout tu untuk pilih nak letak About Me & etc dekat mane. Kiri ke kanan ke kiri sahaja ke atau kanan sahaja. Footer layout tu untuk bahagian bawah blog. Adjust width tu untuk kebesaran blog. Boleh adjust nak besar mana. Nak besar besar ke kecik kecik ke haaa boleh boleh! Semua boleh tak ada yang tak boleh.









Dah siap pilih besar kecik semua, sila click Advanced. Dekat sini boleh pilih nak tulisan dalam blog warna ape semua. Dekat sini kena try & error sendiri. Contoh macam biasa ada tunjuk dekat bawah. Faham tak faham tak. Annoying gila asyik tanya faham tak faham tak.









Dah siap try & tiada error dan dah habis puas hati, click APPLY TO BLOG untuk di applykan ke blog!









Lepas tu click View Blog untuk tengok hasil yang sebenarnya selepas berhempas pulas pulas buah pulasan.









Dapat hasil buah pulasan selepas penat berhempas pulas memulas. Kalau tak cantik boleh edit lagi sampai cantik dan puas hati. Cepat cepat pergi try anak ketam!










Berjalan bersama Dot Dot Dot


Drive sorang-sorang bosan jadi bawalah teman untuk hilang bosan dan teman untuk berborak. Berbulu kelabu dan berhidung kecil warna biru. So kecik with his red knitted tops dengan mata satu atas satu bawah sikit. Ololololo! Matahari atas kepala pakai baju tebal nak pergi mana?





Tangki minyak hampir penuh!Yeay boleh jalan-jalan tanpa perlu rasa risau kalau sesat T_T!Lets go!Where to go exactly? Follow me!Come come! Duduk diam-diam dalam kereta dan jangan lupa bawa lesen P dan pakai seat belt sambil panaskan kereta.






Buat three point turning dulu.ayuhhhh!Sudah tiga suku mahir selepas setahun lapan bulan berlesenkan si 'P'. Okay dah lepas three point turning baru boleh keluar ke jalan besar lagi mencabar.





Ada lunch date dekat Concorde ke atau pergi Shah Alam Mall beli DVD atau pun pergi Giant beli Coolblog?






Nak pergi Rawang?Ipoh? Kena hon dengan kereta belakang sebab lambat jalan traffic light dah hijau T_T







Parking kosong macam datang pukul 8 pagi nak buka kedai dekat Sunway Pyramid nak sapu-sapu kedai susun-susun barang lepas tu letak tanda SALE. Padahal nak dekat setengah jam pusing-pusing cari parking baru jumpa parking kosong macam ni. Ambil gambar tempat parking supaya tidak sesat jalan balik nanti.







Anggaplah kedai buku seperti library. Baca dan keluar. Magazine mahal boleh beli makanan untuk lunch dekat fast food.









Input dalam magazine mahal -.- Lepas tu terus lupa nak ambil gambar jalan-jalan dan tengok wayang.









Balik balik sebelum orang office keluar. Kereta mahal dekat sebelah. So handsome but did not know what his name is. Tak dapatlah pergi kedai dan beli untuk si bear berbaju merah berknitted ni.





Friday, November 19, 2010

Tips Rambut Sihat walaupun Bertudung

Rambut nak makanan yang sedap-sedap supaya boleh gemuk macam tuan-tuan punya rambut. Tuan badan asyik bagi badan je makan sedap-sedap. Rambut pun nak makan sedap-sedap juga. Nanti bila timbang berat, berat dah naik maksdunya rambut dah gemuk. Jadi jangan risau bila berat naik dua tiga kilo masa cuti sem.

1. Jangan pakai tudung semasa rambut basah.
Cuba sedaya upaya keringkan rambut sebelum keluar dan pakai tudung. Kalau boleh jangan keringkan guna hair dryer. Paling jimat guna kipas dan jari. Sambil-sambil keringkan rambut boleh berangan dan tidur. Contohnya nak keluar pukul 11 pagi. Jangan pukul 10 baru nak bangun nak mandi nak cuci rambut. Bangunlah pukul 930 jadi ada masa satu jam untuk keringkan rambut. Lepas mandi pakai baju cepat-cepat pergi duduk bawah kipas.

2. Jangan ikat rambut.
Masa pakai tudung ikat rambut ketat-ketat sebab tak nak rambut terkeluar tapi kalau duduk dekat rumah kalau boleh jangan ikat rambut ketat-ketat macam ikat rambut masa pakai tudung. Rambut nak rehat dari pakai corset. Rambut nak gemuk gemuk bam bam.

3. Cuci rambut setiap hari.
Cuci-cuci rambut services. Rambut nak mandi mandi nak wangi wangi. Rambut sihat kepala pun sihat tiada kelemumur dan rambut bercabang!

4. Shampoo
Tukar shampoo bila keadaan rambut tidak stabil dan sihat seperti selalu. Tukarlah sampai rambut jumpa kekasih yang baru. Shampoo diibaratkan kekasih kepada rambut. Rambut akan mencari shampoo yang sesuai.

5. Buka ikatan rambut secepat mungkin.
Buka tudung cepat-cepat lepas tu buka getah rambut supaya rambut dapat bernafas. Bagi CPR dekat rambut.lepas tu angin-anginkan rambut rambut duduk depan kipas lepas tu berangan berlakon dalam iklan shampoo rambut terbang-terbang jalan dengan bangga rambut terbang-terbang. kepala pun nak rehat juga selepas seharian duduk dalam tudung.

Ok Bye!Nak pergi bagi rambut makan nasi kuah shampoo.