Tuesday, January 18, 2011

Cara Senang Buang Air Besar (Personal Experience)

Tahi memang kotor, busuk dan buruk. Tapi tahi lah yang membantu membawa keluar sisa-sisa yang tak diperlukan oleh badan selain daripada melalui peluh. Jangan cuba memperlekehkan kebaikan tahi *emosi* sebab suka buang air besar.








Cara ni tak berkesan dengan semua orang. Lain perot lain tahi. Tapi boleh cuba bila dah seminggu tak berak atau bila sembelit. Belum cuba belum tahu ;)



1. Minum air mineral/air kosong banyak-banyak. Jadikan air wajib setiap hari. Lebih elok kalau minum sebelum makan.

2. Minum milo. Lebih lawas kalau minum pagi-pagi time breakfast. Tak sampai 15minit mesti lari masuk toilet.

3. Minum susu. Siap dengan package berdas-das. Keh keh keh!

4. Makan makanan pedas-pedas. Mesti senang buang air besar.

5. Get excited. Contohnya buka website Air Asia dan teruja dengan tiket yang sangat murah!

6. Minum Vitagen! Sayangilah perut anda ;)

7. Menunggu. Contohnye tunggu kawan habis kelas. Menunggu tu kan bosan sampai boleh menimbulkan rasa ingin buang air besar. Ini susah nak ikut sebab susah sikit. Depends on individu. Ceh ceh macam bagi tips apa je.

8. Lastly cara paling senang dan cepat ialah duduk atas simen. Simen kan sejuk. Bila sejuk automatik akan rasa nak buang air besar. Dah ramai cuba dan berjaya. Kami bukan business downline! Seriously cara ni paling senang dan cepat ;)



Selamat Mencuba!







Monday, January 17, 2011

Cara Letak Header Dekat Blog

Kali ni nak ajar benda paling senang. Cara letak header dekat blog. Baju dah cantik. Seluar dah cantik. Kepala pun nak cantik. Header.


1. Mula-mula pergi dekat Design. Click Design.






2. Keluar macam ni. Then click Edit dekat bahagian tajuk blog lepas tu dalam kurungan tulis Header.







3. Lepan tu keluar satu window atau tetingkap Configure Header. Then browse gambar yang nak dijadikan header blog. Tunggu loading. Kemudian click Save. Dah siap!



Jumpa lagi!




Friday, January 7, 2011

Dobi Layan Diri

Dulu-dulu tengok dekat dalam cerita Mr Bean ada dobi self service kan. Pernah tak terfikir nak ada kedai dobi macam tu dekat Malaysia? Jimat tak payah hantar dobi lepas tu tak payah kena tunggu dua tiga hari baru siap. Kadang-kadang ntah baju sapa termasuk dalam baju kita. Lagi teruk kalau stokin sebelah hilang lah, baju hilang lah. Possibility untuk dapat balik baju kita agak rendah. Kalau resit dobi hilang lagi lah tension.








Dot dot dot pergi dobi Mr Bean! It was located at Section 3, Shah Alam. Near Restoran Syed Section 3 and Restoran Serai. Nak lagi detail, sebelah kedai potong rambut mamak dan kedai runcit. Sederet dengan 7 Eleven Section3.









Ada tujuh mesin basuh baju. Empat mesin untuk basuh baju biasa. Lagi dua untuk basuh carpet ke cadar ke selimut ke apa-apa yang bersaiz besar dan berat.








Mesin biasa RM2.50 untuk baju 5kg ke bawah.








RM4 untuk baju 8kg ke atas. Boleh basuh baju satu rumah sewa.








Guna duit 20 sen dan 50 sen sahaja. Lepas ni kutip semua duit-duit syiling. Bila cashier Tesco tanya ada 50sen tak? Jawab tak. Saya nak simpan untuk basuh baju.








Mesin untuk baju 8kg ke atas. Sama macam dalam cerita Mr Bean. Semua mesin basuh baju ambil masa 30 minit. Sambil tunggu basuh boleh pergi makan roti canai dekat Restoran Syed.









Mesin pengering pun ada. RM2.50 juga. Ambil masa 40minit. Kering kontang habis!








Mesin pengering ada empat je tak sebanyak mesin basuh. Bila musim hujan, ramai nak keringkan baju. Full house!









Ada kerusi untuk menunggu. Boleh duduk sambil baca newspaper ke makan ke tengok orang lalu lalang ke. Meja pun ada untuk lipat baju.








Hobi tak kacau orang lain.









Wuwu pusing pusing pusing!












Wednesday, January 5, 2011

Common Mistake.

1. Orang drive kereta mahal selalu dianggap orang kaya. Sebenarnya driver yang drive pergi ambil anak bos balik sekolah.

2. Orang Shah Alam dianggap golongan elite. Most probably salah sebab bukan semua orang Shah Alam duduk banglo, kereta mahal atau sekolah mahal. Dekat Shah Alam semua golongan ada.

3. Student bawa kereta dianggap kaya raya. Sebenarnya student yang tak bawa kereta lagi kaya sebab dapat jimat minyak RM10 seminggu, RM10 parking kereta dan RM15 untuk basuh kereta.Hihi

4. Orang Melayu mata sepet dianggap mix cina. Sebenarnya tu mata baru bangun tidur.

5. Perempuan berbaju kurung di Shopping Complex dianggap sangat bersopan santun. Sebenarnya sedang ponteng kelas pada hari Isnin dan Jumaat.

6. Student Accounting dan Finance dianggap pandai bab kira mengira. Hakikatnya mamak lagi pandai mengira.

7. Lecturer bersongkok/berkopiah atau bertudung labuh selalu dianggap mengajar subjek CTU(Agama). Sebenarnya kebanyakkan mereka mengajar subjek tidak related with Agama.

8. Driver perempuan selalu dianggap drive kereta auto. Hakikatnya masih ada perempuan drive kereta manual.

9. Orang kurus selalu dikatakan tak kuat makan atau pun diet sebab takut gemok. Hakikatnya bukan semua orang kurus tak kuat makan. Tapi kuat makan dan kuat be*ak.

10. Anak bongsu selalu dilabel manja, mengada-ngada, unindependent, etc. Semua yang buruk-buruk dan kurang sifat-sifat yang bagus. Sebenarnya memang manja tapi bukan semua manja tak bertempat.





Sunday, January 2, 2011

Doodle! First Attempt(Part 3)

Masih mood First Attempt lagi sebab masih ada masalah untuk siapkan doodle ni. Maksudnya ada benda baru belajar masa jahit doodle ni. Idea bentuk doodle ni datang dari macam-macam blog. One day akan quote semua blog tu.







Mata doodle ni senget sebab tangan kena gam gajah terus menggigil nak tampal mata. Terus mata sebelah atas, sebelah bawah. Telinga pun senget satu atas satu bawah. Sepuluh kali gam mata dan telinga guna gam biasa tapi tak lekat juga sampai kain telinga yang warna merah tu dah keras macam kertas. Lastly tampal guna gam gajah baru lekat (T_T)"







Sekarang dah tak ada masalah nak tampal mata dan telinga!




Boleh order!
nira_padington@yahoo.com







Saturday, January 1, 2011

Cara Letak Facebook Dekat Blog

Hari ni mak ketam nak ajar topik paling senang. Mak ketam baru tau so nak share dengan anak ketam yang belum tau.

Profile badges menyenangkan blogger lain add kita dekat facebook. Tak payah tulis "Add me on Facebook. Email: bla bla bla." Sekarang zaman orang malas nak taip. Click je senang. Dunia di hujung click.






Mula-mula view Profile kita sendiri. Lepas tu scroll bawah sekali lepas tu tengok belah kiri(kita)ada tulis Create a Profile Badge. Click Create a Profile Badge.

Profile ------> Create a Profile Badge







Lepas tu click dekat Edit this badge.







Lepas tu keluar macam ni. Boleh lah edit nak badge menegak ke melintang ke. Boleh edit nak letak status ke nak letak birthday ke nak letak email ke. Semua boleh. Dah puas hati dengan profile badge tu jangan lupa click Save.






Lepas click Save, keluar macam ni. Copy link tu dan paste dekat blog. Cara nak paste dekat blog pula,



Design ----> Add Gadget ------> HTML/JavaScript ------> Paste dekat Content.



Siap!






Typing Error or Spelling Error?TYPO!

Tak payah ON LAWAK.