Wednesday, January 2, 2013

Zaman Aku & Zaman Dieorg.

Selamat bersekolah adik-adik! Pergi sekolah dengar cakap cikgu tapi kadang2 nak nakal ikot kawan buat aktiviti nakal pun boleh. Hihi make sure homework siap. Kalau tak siap esok pergi sekolah awal sikit senang nak tiru meniru. Hewhew

Kalau nak banding zaman sekolah aku dengan zaman sekolah orang lain, mestilah aku cakap zaman sekolah aku paling best heaven awesome! Hihi sebab....


Pertama: Orang lain paling bangga pergi sekolah pakai kasut baru, aku dulu paling malu nak pergi sekolah pakai kasut baru. Sebab kawan-kawan aku semua tak ada kasut sekolah baru dan warna kasut sekolah dieorg ialah kelabu. Kesian kan. Tapi dieorg semua baik. 

Kedua: Kalau pergi makan dekat kantin, selalu tak ada tempat duduk. Bukan sebab aku kena buli tapi sebab lebih separuh kerusi dah dipenuhi dengan tahi ayam. Bau jangan cakap. Peliknya aku boleh pergi kantin tu hari-hari makan bihun goreng sebelah tahi ayam dengan selamba. Gelak-gelak dengan kawan-kawan. Tak pandai komplen langsung. Mak ayah pun semua tak bising.

Ketiga: Sekolah aku ada sudut bacaan yang open air. So lepas rehat ke kalau ada masa lebih, aku dengan kawan-kawan aku akan duduk situ sambil baca buku. Uniknya buku dekat sini kulit dah tertanggal. Muka surat dah hilang. Ada yang page dah terkoyak tinggal separuh. Tapi tak pernah jemu duduk buang masa dekat situ. Boleh dikatakan semua buku dekat situ aku dah baca.

Keempat: Walaupun kawan-kawan aku kebanyakkannya anak pegawai bank dan pegawai kerajaan, kitaorg tak pernah pulaukan anak nelayan ke anak peniaga pasar ke. Boleh duduk satu meja cerita semalam mak masing-masing masak apa. Makin lama makin ramai ahli kumpulan kitaorg :)

Kelima: Hari first aku pergi sekolah aku tak menangis langsung dan mak ayah aku tak tunggu dekat luar pun dan aku tak kesah pun. Sebab hobi aku dari kecik 'teropong' orang. Paling senang cakap aku suka perhati kelakuan orang yang aku baru kenal. Hihi

Keenam: Kelas aku dulu ialah sebuah kelas berasaskan papan. Dinding dan lantai semua papan. Nak masuk kelas kena panjat tangga. Meja dan kerusi pula berasakan kayu. Goyang-goyang dan berlubang pulak tu. Kalau tulis tak lapik dengan buku, memang akan berlubang lah kertas kau. Tak menangis langsung pergi kelas. Tak rasa horror langsung pergi kelas. Tak tau pun erti panas tghari belajar dalam kelas papan. Yang tau ketawa dan ketawa :')

Ketujuh: Pergi sekolah dan balik sekolah tak pernah jalan kaki tapi aku naik beca pergi dan balik sekolah. Yes BECA. Tak pernah komplen tapi lagi suka sebab pergi dan balik dengan kawan baik a.k.a jiran. Paling ditunggu time balik sekolah. Nyanyi2 dalam beca sambil kacau Pak Cik Usop. Mengada sikit mintak Pak Cik Usop berhenti sekejap beli keropok lekor. Hihi

Sekarang ni kalau aku tanya kawan-kawan sebaya aku, semua cerita sekolah dieorg best ade taman permainan, meja cantik2 tak berlubang mcm meja aku, duduk dalam kelas dinding batu, pergi dan balik sekolah naik bus.

Walaupun sekolah aku serba kekurangan, aku tetap sayang gila gila nak mati dengan sekolah dan semua kawan sekolah aku. Aku tak pernah malu nak cerita mcmana sekolah rendah aku dulu. Sebab aku rasa happy dengan kawan-kawan dan enviroment dekat situ.

Aku tak pernah komplen kelas aku papan kena naik tangga. Tak pernah komplen meja aku berlubang. Tak pernah komplen aku makan sebelah tahi ayam. Tak pernah komplen aku kena naik beca pergi dan balik sekolah. Semua tak pernah.

Bezanya zaman aku dengan zaman sekarang, zaman sekarang semua nak komplan even kena rotan cikgu mak ayah cepat gila naik angin report saman sana sini. Itu satu hal. Sekolah pulak dengan keracunan makan la apa lah. Aku dulu makan sebelah tahi ayam tak pernah pulak kena keracunan makanan. 

Apa pun aku rasa semua pihak kena tau tanggungjawab masing-masing. Macam aku sebagai student dan anak, aku tau kalau aku komplen dengan mak ayah aku, aku yang kena marah balik. 

Aku rasa masing-masing kena bersyukur. Itu je. 


Ok. Bye!