Friday, November 19, 2010

Tips Rambut Sihat walaupun Bertudung

Rambut nak makanan yang sedap-sedap supaya boleh gemuk macam tuan-tuan punya rambut. Tuan badan asyik bagi badan je makan sedap-sedap. Rambut pun nak makan sedap-sedap juga. Nanti bila timbang berat, berat dah naik maksdunya rambut dah gemuk. Jadi jangan risau bila berat naik dua tiga kilo masa cuti sem.

1. Jangan pakai tudung semasa rambut basah.
Cuba sedaya upaya keringkan rambut sebelum keluar dan pakai tudung. Kalau boleh jangan keringkan guna hair dryer. Paling jimat guna kipas dan jari. Sambil-sambil keringkan rambut boleh berangan dan tidur. Contohnya nak keluar pukul 11 pagi. Jangan pukul 10 baru nak bangun nak mandi nak cuci rambut. Bangunlah pukul 930 jadi ada masa satu jam untuk keringkan rambut. Lepas mandi pakai baju cepat-cepat pergi duduk bawah kipas.

2. Jangan ikat rambut.
Masa pakai tudung ikat rambut ketat-ketat sebab tak nak rambut terkeluar tapi kalau duduk dekat rumah kalau boleh jangan ikat rambut ketat-ketat macam ikat rambut masa pakai tudung. Rambut nak rehat dari pakai corset. Rambut nak gemuk gemuk bam bam.

3. Cuci rambut setiap hari.
Cuci-cuci rambut services. Rambut nak mandi mandi nak wangi wangi. Rambut sihat kepala pun sihat tiada kelemumur dan rambut bercabang!

4. Shampoo
Tukar shampoo bila keadaan rambut tidak stabil dan sihat seperti selalu. Tukarlah sampai rambut jumpa kekasih yang baru. Shampoo diibaratkan kekasih kepada rambut. Rambut akan mencari shampoo yang sesuai.

5. Buka ikatan rambut secepat mungkin.
Buka tudung cepat-cepat lepas tu buka getah rambut supaya rambut dapat bernafas. Bagi CPR dekat rambut.lepas tu angin-anginkan rambut rambut duduk depan kipas lepas tu berangan berlakon dalam iklan shampoo rambut terbang-terbang jalan dengan bangga rambut terbang-terbang. kepala pun nak rehat juga selepas seharian duduk dalam tudung.

Ok Bye!Nak pergi bagi rambut makan nasi kuah shampoo.


2 comments:

terataiflowerz said...

sila bg tips tuk kurangkan gugur rambut..tq...hihi

munster said...

akan dikaji!