Wednesday, December 15, 2010

Handmade Casing For External Hard Disk

Menerima tempahan dari Mohd Riduan. Saja sebut tempahan nak bagi nampak "Wow dah ada customerlah!" Sebab ini customer pertama. Sebut lagi customer sebab nak nampak macam seorang bussiness woman sedang mempromote barang. Sebagai customer pertama, Mohd Riduan telah dapat Casing External Hard Disk ni secara percuma :D







Dan sebagai casing pertama yang dijahit, casing ni mengambil masa tiga minggu untuk siap.kot? Kain felt dan benang dan jarum beli dekat Daiso The Curve.








Ribbon beli dekat kedai buku Popular Sunway Pyramid. Seminggu cari ribbon baru jumpa (T_T)" Bukan tak jumpa dekat kedai lain. Tapi kebanyakkannya kurang cantik dan MAHAL. Dekat Popular cantik-cantik dan harga berpatutan tapi kurang pilihan.








External Hard Disk dah cantik pakai baju. Am I pretty enough? *angguk angguk*


















Boleh cucuk wayar tanpa cabutkan butang casing bila nak cucuk ke laptop. Butang tak beli tapi ambil dari kemeja koleksi peribadi. Pengorbanan seorang tukang jahit amatur kepada pelanggan pertama yang disayangi :p









Senang dan selamat untuk simpan external hard disk. Kalau beli casing dekat kedai, nipis dan kurang selamat sebab tak ada penutup. Warna casing yang jual dekat kedai hitam je. Kalau yang ni boleh reka nak corak apa, nak warna ape dan lagi menarik!



Boleh order. Email : nira_padington@yahoo.com







9 comments:

terataiflowerz said...

anda btul2 menjd bisneswomen ye.....bgus! duit hasil t leh blnja sy

munster said...

InsyaAllah :D

call me Aden... said...

hehe nak tempah sarung utk balut kreta ade x?

munster said...

sorry salah tempat.sila cuba lagi!

call me Aden... said...

tumpang tnye ye cik ade amik tempahan baju melayu x kat sini?

Sharinginfoz said...

tahniah dah ada customer cayalah, semoga lebih maju

munster said...

awak:nak tempah baju melayu boleh tempah dgn bakal mak mertua saya.email saya utk detail.hihi!

sharinginfoz:THANKS!

Anonymous said...

woOOOoow.. kagum! sarung utk laptop ade x???

munster said...

boleh je kalau nak bahhhh :)